Chapter 255.0: Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara

>> Friday, February 18, 2011

Ketulan pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. Kadar barah payu dara di negara barat seperti Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang wanita. Di Malaysia kadar barah payu dara juga meningkat mencapai kadar negara maju.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?

1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.

2. Sejarah keluarga - Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.

3. Sejarah barah - apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan - pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon - kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti - wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.

Berat badan unggul seseorang bergantung kepada ketinggian dan juga rangka badannya. Untuk mengetahui berat badan unggul, seseorang perlulah mengetahui Body Mass Index (BMI) nya. Formula untuk mengira BMI adalah seperti berikut:
Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (metres) kuasa dua. Julat BMI yang normal untuk wanita ialah 20-24. Sebelum puan mengambil langkah-langkah untuk menguruskan berat badan, puan perlu mengira BMI puan. Jika BMI berada dalam lingkungan yang normal, puan tidak perlu mengurangi berat puan.

Langkah untuk menguruskan badan memerlukan nasihat doktor supaya langkah yang diambil tidak membahayakan kesihatan tubuh badan secara am. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan ialah memastikan tenaga yang diperoleh melalui makanan adalah seimbang dengan penggunaannya.

Jika terdapat berlebihan input, penggunaan tenaga perlulah ditingkatkan seperti senaman untuk membakar lemak lebihan atau pemakanan dikawal supaya tiada lebihan tenaga disimpan sebagai lemak.
***********************************************************

Dengan pemakaian Premium Beautiful secara consistent dan berterusan, Far Infrared Rays (F.I.R) di dalam Premium Beautiful tersebut mampu mengecutkan sebarang ketulan /lumps di dalam breast kiter. So, Mama menyeru kepada wanita di luar sana, sayangilah breast kiter sebelum anything happen kat breast kiter. Breast kiter adalah harta kiter...:)


Marilah kiter samer-samer menentang breast cancer yang menjadi musuh utama setiap wanita. Pakailah Premium Beautiful untuk protection breast kiter...:)

***********

THIS BLOG HAS BEEN MOVED TO http://www.izyanliyana.com. For direct entry post for this entry, please go to the new link for faster response: http://izyanliyana.com/tanda-tanda-awal-kanser-payudara/

Thank you.

43 comments:

Anonymous,  September 6, 2012 at 8:29 PM  

ade xsimptom mcm rase berat pada breast??susah nk brjalan??

Three Musketeers September 12, 2012 at 3:05 PM  

Anonymous:
Tak sure plak kalau simptom camtue adalah one of tanda-tanda awal kanser payudara. Just check dengan doctor yer...:)

**tEhA.TEHA.tEhA** December 20, 2012 at 12:23 AM  

kalau dekat breast tu macam ada luka-2 dan kadang rasa gatal dan pedih tu tanda-2 jugak ke ?? walaupun tak keluar cairan dari puting .

Izyan Liyana December 22, 2012 at 9:53 AM  

Teha:
Kalau tak salah saya, tue just gatal2 biasa. Tapi kalau nak maklumat lebih laanjut, boleh refer to doctor...:)
Jangan biarkan ia melarat. Sayang, asset kiter nie...:)

Syaidatul Athirah Ayub December 27, 2012 at 10:04 AM  

kalau perempuan bawah 20 tahun ade risiko utk dpt breast cancer ni jugak tak?

Izyan Liyana December 29, 2012 at 7:20 PM  

Syaidatul Athirah Ayub:
Yes, so, memang digalakkan untuk menjalani pemeriksaan sendiri breast you yer...:)

Izyan Liyana March 3, 2013 at 3:44 PM  

puterilidi:
F.I.R. tue stands for Far Infrared Rays...:)

Azna Honey March 24, 2013 at 11:02 PM  

Saya ada ketulan dalam di tepi ketiak sebelah kiri. Agak meragukan sebab tak ada tanda2 lain. Cuma ada ketulan tu. Mula2 ada satu je. Kemudian ada Satu lagi. Tiba2 ada satu lagi yang saiznya lebih kecil dari dua ketulan tadi. Rasa sakit di ketiak, lengan kadangnya susah nak angkat sampai payah mau sanggul rambut. Sakit di bahagian belakang juga. Kadang tu terasa sakit di payudara kiri dan terasa macam di tarik2 urat2 payudara kiri tu ke arah ketiak. Sekarang tungu 3 April untuk mamo, xray n di ambil sedikit tisu dari ketulan tadi untuk pengesahkan samada itu adalah kanser. Semoga penyakit yang saya hadapi ini bukan kanser n cuma penyakit ringan yang lain. Huhuhu. Itu cuma harapan.

Izyan Liyana March 28, 2013 at 8:43 AM  

Azna Honey:
Insya Allah, saya doakan yang terbaik and semoga tiada apa yang berlaku terhadap awak, dear...:)
Sama-sama kita berdoa yer...:)

Riena D'Luv April 12, 2013 at 3:03 PM  

sy ad ketulan di bhgian atas sebelah kiri payudara?adakah tu tnda2ny?

Riena D'Luv April 12, 2013 at 3:06 PM  


saya ad simptom2 di atas..adakah ia tnda..

Izyan Liyana April 13, 2013 at 9:21 AM  

Riena D'Luv:
Kalau boleh, cuba dapatkan pengesahan from doktor yer...:)

shela raqib May 1, 2013 at 2:23 PM  

Saya ibu yang menyusukan anak. Klu bengkak di bahagian bawah payudara apa pulak?

Izyan Liyana May 14, 2013 at 11:09 AM  

Shiela Raqib:
Insya Allah, kalau ibu menyusu, chances nak dapat breast cancer tue agak rendah...:)
Tapi, kalau ada keraguan, boleh jumpa doktor untuk lebih oengesahan...:)

aycah ahim May 23, 2013 at 3:43 PM  

hai..saya ada kemusykilan sedikit..bawah ketiak saye sblah kiri ada ketulan yg sakit seperti jerawat..tp benda tu akan ada kalau saya garu ketiak saya saje..kalau ketiak saya tak gatal benda tu hilang...tp posisi ketulan tu masih d tempat yg sama..cuma dia mcm chipmore sekejap ada sekejap takde..saya ada jugak buat research kat google...yg kalau nak tahu itu ketulan..cuba kepitkan tgn dan rasa ada tak ketulan pada ketiak...pada saya pulak tak ada..yg ada hanya lah sakit seperti jerawat...tu apa pulak yer?? curious sgt lah..hope tu tak ape2..

Noriah Johar May 24, 2013 at 2:54 PM  

Adakah cairan yg kuar dr puting setelah payudara diurut dan picit bhgian puting.

Izyan Liyana May 25, 2013 at 7:29 AM  

Aycah Ahim:
:) Insya Allah, ketulan itu tidak ada apa-apa sebenarnya...:)
Normally, kalau ada apa2 keraguan, better pergi jumpa doktor untuk lebih pengesahan...:)
Info di sini agak terhad untuk memberi jawapan kepada awak...:)

Izyan Liyana May 25, 2013 at 7:30 AM  

Noriah Johar:
Kalau ada cairan yang keluar selain daripada susu badan, kalau boleh, pergi jumpa doktor yer...:)

Nurul Izati Mohamad June 26, 2013 at 8:00 AM  

adakah kanser payudara boleh berlaku ketika tempoh menyusukan anak???

niahisma82 July 8, 2013 at 9:18 PM  

Klu cecair yg kluar dr puting jernih adakah ia susu bdn or tanda2 jgk? Klu susu bdn,sy dh dua thn berhenti breastfeeding.. blh keluar lgke susu ibu or cecair disebabkn breast cncer??? Mohon penjelasan. Tq

primaseries July 11, 2013 at 12:09 PM  

salam. boleh lawati www.primaseries.blogspot.com utk rawatan alternatif utk kanser payudara MC7 yang memberi kesan paling optimum. tq :)

Arsad mekanik July 14, 2013 at 6:55 AM  

Ramai kenalan ,jiran dan saudara serta sahabat handai saya yang berdepan maslah kanser payudara,penyakit ini amat menakutkan lebih2 lagi untuk wanita,pendapat saya untuk wanita semua amalkanlah pemakanan yang sihat,bersenam dan jauhkan diri samasekali mengambil ubat-ubatan kecantikan,hormon,ubat langsing,ubat tahan haid dan segala ubat-ubatan kecantikan berunsurkan bahan kimia.Amalkan herba sebagai pengganti untuk kekal lebih cantik dan menawan.Amalkan juga bacaan surah Alwaqiah,AlRahman dan Assajadah selepas sembahyang setiap hari,Muga apa yang kita amalkan jadi pelindung dari penyakit ,Kepada tuhan kita berserah,Insyallah!

butter scotch July 17, 2013 at 2:44 PM  

Salam
minggu lepas selepas seminggu period tetiba puting sebelah kanan dan bawah ketiak rasa sakit dan pijar yg amat risau hanya Tuhan je yang tahu bila check sendiri tak ada pula benjolan di keliling .... Alhamdulillah bila doctor cakap sometimes puting kita kering dan merekah itu yg rasa pedih sampai ke ketiak... risau sebab biasa after period sakit kedua belah tapi kali ni hanya sebelah saja... adakah itu normal

Izyan Liyana July 19, 2013 at 9:06 PM  

Nurul Izati Mohamad:
Setahu saya, dengan breastfeeding anak kita dapat mengelakkan kanser payudara...:)

Izyan Liyana July 19, 2013 at 9:08 PM  

Niahisma82:
Kalau sudah 2 tahun berhenti susu badan, digalakkan membuat pemeriksaan di klinik yang berhampiran yer...:)
Insya Allah, kalau breastfeeding anak kita, itu dapat mengelakkan risiko terkena kanser payudara...:)

Izyan Liyana July 19, 2013 at 9:09 PM  

Butter scotch:
Insya Allah, itu perkara normal...:)

dayang siti amira September 29, 2013 at 2:13 PM  

assalam.. sy nak tanye.. kalau d sekitar puting.rase gatal yang teramat dan ada sedikit.bengkak macam kene.gigit nyamuk ok ker? sebab terasa macam dah one week... sangat gatal.. lagi2 kalau berpeluh.. atau sekadar alergi pada kain bra? xder rasa sakit or apa.. check xder pulak benjolan.. tq..

Fyra ahmad October 11, 2013 at 9:40 AM  

MasyaAllah .. saya ada tanda-tanda seperti di atas tapi tak semuanyalah. tak pernah buat apa-apa check up lagi. takut. saya baru berusia 23tahun. huhu

farmashealth October 22, 2013 at 2:26 PM  

salam..

Boleh cuba produk Apricon Farmashealth B17.. Membantu untuk merawat & mencegah kanser..Fb Apricon Farmashealth

rahimah October 30, 2013 at 2:37 PM  

Salam....mcm mana yer jika ada ketulan di bawah ketiak tetapi tidak berasa sakit. Ketulan itu saiz bola pimpom.
Adakah itu sintpm kanser???

damia November 27, 2013 at 12:26 AM  

Kalau perempuan bawah umur 12 tahun berisiko ke untuk terkena kanser ni?

Izyan Liyana November 27, 2013 at 6:16 AM  

Damia:
Kalau datang periid terlalu awal, bawah 12 tahun, risiko tue memang ada.

Izyan Liyana November 27, 2013 at 6:17 AM  

Rahimah:
Normally, kalau tak sakit tue, maybe bukan kanser. Tetapi, kalau boleh, sentiasa buat pemeriksaan sendiri payudara yer...:)

Izyan Liyana November 27, 2013 at 6:19 AM  

Fyra Ahmad:
Right now, cancer payudara nie boleh menyerang sesiapa sahaja tak kisah muda atau tua. Especially yang ada history keluarga yang pernah ada cancer payudara nie.

erni indra November 27, 2013 at 4:31 PM  

kalau ada ketulan dalam payu dara,bawah ketiak berasa sakit dan kalau tekan puting payu dara ke dalam dan berasa sakit, adakah ia kanser..?

axmada January 3, 2014 at 5:22 AM  

Sy laki.. tapi sy check td ade ketul2 kat puting.. tapi rase sakit kt ketul tu.. tu tande2 gk ke walau rase sakit...

axmada January 3, 2014 at 5:25 AM  

Sy laki..td saye check ade ketul kat puting saye.. tp ketulan tu ble sy tekan brase sakit.. tu simpton gk ke wlau sy tekan brase sakit..

zaty rawks April 12, 2014 at 12:10 PM  

Assalammualaikum.
Kalau payudara belah kiri sakit sampai tak boleh terkena ape ape kenape ehh kak ? Sebab dah lame tak menyusu badan ke ? Mohon penjelasan. Tq :)

zaty rawks April 12, 2014 at 12:12 PM  

Kalau dah lame tak menyusu badan tapi payudara belah kiri sakit sampai tak boleh terkena ape2 kenape yee kak ?

Izyan Liyana April 12, 2014 at 12:24 PM  

Eri Indra:
Normally, untuk cases seperti ini, it's better to go to see the doctors for further check up.

Izyan Liyana April 12, 2014 at 12:25 PM  

Axmada:
Breast cancer boleh menyerang lelaki ataupun perempuan. Encik boleh pergi ke klinik untuk check apakah yang menyebakan kesakitan tersebut.

Izyan Liyana April 12, 2014 at 12:27 PM  

Zaty Rawks:
Tiba2 sakit balik ker? Kalau tiba2 sakit balik tue maybe takder kaitan dengan breast cancer. Maybe perubahan hormon dalam badan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP