Chapter 440.0: Panduan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Bekerja - Jadual Pam Susu
>> Thursday, October 6, 2011
Alhamdulillah, syukur...:)
Actually, untuk entry hari nie, Mama nak share my tips and experiences on how nak buat stok susu badan for working mothers, buggy yang nak fully breastfeed anaknyer sampai 2 tahun secara exclusive. Anyway, these tips nie sumer by my own experiences. So, kalau raser sesuai, you all boleh guner these tips...:)

Current stock susu badan yang ader dalam freezer kat peti sejuk umah Mama...:) Alhamdulillah, syukur...:)
Basically, maser Mama nak start buat stok susu dulu, ever since pregnant, memang Mama dah berniat nak menyusukan Syahir (maser pregnant, tak tau nak letak nama aper lagi...^^;;), so, Mama just korek ilmu from internet and bertanyerkan orang yang pam susu kat office...:)
Mama ader gak beli this book, sebab nak tambah ilmu dari segi nak buat stok. and Alhamdulillah, actually, buku nie banyakkkkkk sangat membantu Mama. Dalam buku nie, ader diterangkan guideline nak buat stok susu, so, for those yang nak memang nak fully breastfeed anak dier, you all boleh dapatkan buku nie kat: http://www.sarakids.com/proddetail.php?prod=PPSI
Okey, camner nak buat stok susu? Actually, biler nak start buat stok susu, kalau boleh start early. Means, selepas 2 minggu melahirkan anak, you all dah boleh start buat stok. Normally, after dah 2 minggu beranak, memang susu badan dah well expressed, and Insya Allah, kalau consistent buggy susu badan after dah beranak, time-time camnie, memang susu badan tengah melimpah ruah. So, it's the best time nak start buat stok susu...:)
Of course, first thing first, sebelum nak buat stok, make sure dapatkan a good breast pump. Kalau boleh, buat research dulu, which breast pump to take. Macam Mama, Mama pernah pakai manual, and electric double pumping...:) So, Mama tau which one yang sesuai untuk Mama.

Mama pakai Medela Freestyle. Memang a lifesaver untuk Mama yang sentiasa on the move. Tengah stuck dalam jam pon boleh pam susu...:)
My tips: Kalau boleh, make sure ader manual pump satu and electric pump satu. Manual tue untuk bebiler takder electric ker, or biler-biler pam electric tue takder kat sisi...:) Basically, you'll be carying the electric pump ke office later on, so, manual pump tue untuk standby biler you nak pam sebelah breast sambil menyusu baby ker, or, tengah recharge battery for electric pump or what so ever la kan...:) Brands, depends...:) Tapi, kalau nak beli breast pumps, try beli yang corong dier selesa dengan breast kiter, takder la you all patah semangat biler nak pam susu...:)
Okey, after dah dapat a good pump, so, time to pump la. Maser berpantang tue, of course, banyak time kiter dengan baby kan? Kalau fully breastfeed, haaa, time nie memang la baby skit-skit nak susu badan. Konon-konon macam tak kenyang. NOOOOO, bukan baby tak kenyang yer. Compared to susu lembu, susu badan lebih senang and cepat dihadamkan oleh baby. Susu lembu memang lambat skit. Sebab tue, biler baby fully breastfeed, skit-skit dier akan menangis mintak susu...:) So, bersabarlah yer. Itu normal...:) So, ibu-ibu kenalah bersabar banyak-banyak. Dah perut baby pon kecik jer kan, memang skit jer la boleh masuk sekali minum, sebab tue kena minum kerap kali.
Time biler nak buat stok nie? Okey, After dah 2 minggu beranak, kalau boleh, everytime baby menyusu, confirm sebelah breast lagik baby tak menyusu kan? So, maser baby menyusu, maser nie pam sebelah breast lagik tue, so that seolah-olah, kedua-dua breast you all sedang mengeluarkan susu...:) Haaa, kalau nak tahu, actually, dengan cara camnie boleh tambah susu badan. Memuler, memang tak dapat banyak, maybe 1oz ker, 2oz ker, takper, continue buat, lamer-lamer confirm banyak. And, everytime baby dah habis menyusu, breast yang baby dah menyusu tue, pam lagi sehingga breast btul-btul kosong...:)
And, kalau baby tido lamer ker, kalau boleh every 2 hours, pam susu untuk buat stok. Teori nak banyakkan susu badan nie sangat simple, lagik you all kosongkan breast you all, confirm lagik banyak susu badan akan dihasilkan. Macam flush jamban. Lagik kerap flush, lagik cepat air akan diisi. Btul tak? Jangan sesekali tunggu sampai bengkak baru nak pam. Nanti, seolah-olah badan kiter buggy signal kat otak kiter, yang kiter nie tak nak susu tue, sebab tue nak tunggu sampai bengkak baru nak pam.
Timing nak pam susu nie, depends pada diri sendiri. You all boleh aturkan sendiri. Kalau boleh budget, kalau baby dah menyusu, kosongkan breast dengan pam susu, and maybe after 2 hours lepas tue, pam lagi kalau baby tak mintak untuk disusukan...:) Memang agak memenatkan, tapi, dengan cara camnie, Insya Allah, lamer-lamer stok susu akan bertambah.
Okey, tue basically jadual pumping maser berpantang. Camner biler dah bekerja nanti?
Biler dah masuk bekerja, time nie memang electric pump paling sesuai...:) Kalau boleh, katerkanlah you all bekerja from 8.00 a.m. ~ 5.00 p.m., paling minimum kalau boleh 3 kali pam susu semasa di office. Cam Mama dulu, untuk hari bekerja, camnie timetable Mama pam susu:
4.00 a.m. -- Bangun pagi untuk pam susu dulu. Pastue mandi and bersiap.
6.00 a.m. -- Bersiap nak ke office after solat Subuh. Kalau Syahir dah bangun time nie, menyusukan Syahir dulu. Biar Syahir kenyang sebelum ke nursery. And tukar pampers everything...:)
6.45 a.m. -- Bertolak ke office. Drop by ke nursery and hantar Syahir bersamer dengan susu badan yang telah disejukkan.
7.30 a.m. -- Sampai office.
10.00 a.m. -- Perah susu untuk kali pertama pada hari itu. Lepas pam, kalau boleh minum plain water banyak-banyak yer...:) Throughout the day pon kena minum banyaaaaaaaaaaakkkk air kosong yer...:)
12.30 p.m. -- Lunch. Make sure makan okey...:) Breakfast jangan skip.
1.30 p.m. -- Solat zohor and pam susu untuk kali kedua.
4.00 p.m. -- Pam susu untuk kali ketiga and solat Asar plak lepas tue. Jangan luper minum air okey...:)
5.00 p.m. -- Balik...:)
6.30 p.m. -- Sampai rumah, after ambil Syahir, breastfeed kan Syahir dulu. Don't forget to simpan stok susu dalam peti ais.
Depends on what time you all nak tido, sebelum tido tue, kalau boleh pam susu sekali lagi and breastfeedkan baby you all sambil tido...:)
Kalau boleh, cari time untuk buat power pumping. Macam Mama, Mama selalu buat power pumping time kul 4.00 pagi tue...:)
Basically tue timetable Mama dulu maser breastfeedkan Syahir and pam susu semasa bekerja...:) Now, Syahir dah tak minum susu through bottle, nak direct feed jer, so Mama pon dah tak pam susu...:) Tapi, you all boleh la nak ubahsuai tips nie depends atas diri you all. Yang penting, sentiasa pam susu untuk kosongkan breast you all. Jangan sesekali biar sampai bengkak susu.
Okey, Mama akan stop kat sinie dulu. Untuk penyimpanan stok susu and how to transfers susu badan ke nursery / rumah pengasuh, Mama akan bersambung dalam next entry yer...:) So, in the meantime, you all yang tengah pregnant tue, boleh la survey pam susu ker aper ker kan?
Good luck to you all yer...:)




6 comments:
^_^..
gud info..
hoho
klo ad button lyke, kompom ak akn lyke..
hehe..
ak ad 2 pump. 1 manual, 1 letrik..tp, ak rs yg manual lebih berjaya pump susu dgn byk compare dgn letriknye..kesudahnye,yg letrik tu tbengkalai je tepi almari..HAHAHAHA..
YEHHAA.... AS MY REF LEADER. THANKS BUAT ENTRY NI. MUAH..MUAH..MUAH..
hye.. dah follow awak, dont forget to follow me back ok.. btw, nice blog..
Ainur:
Amboii, kalau bab breastfeeding laju jer ko...:) Alhamdulillah, teruskan penyusuan susu ibu sepenuhnyer...:) Good luck and all the best, Ainur...:)
Ummi: Yeayyyy, nantikan entry part 2 plak yer...:)
Jayjay:
Thanks...:)
Post a Comment