Chapter 469.0: Hukum Dan Balasan Orang Yang Tidak Membayar Hutang

>> Thursday, November 17, 2011

Just for sharing...:)

Hukum Dan Balasan Orang Yang Tidak Membayar Hutang


Dalam Islam, berhutang memang dibolehkan. Islam memberi galakan kepada umatnya, agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya. Persoalannya sekarang ialah, sebahagian orang Islam sengaja melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya. Berbagai-bagai alasan akan diberikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut. Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat.



Orang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak berbuat demikian semasa hidupnya dikira telah melakukan dosa besar. Kerana hutang inilah orang-orang yang mati syahid sekalipun tidak dapat memasuki syurga sebaliknya hanya berada di pintunya sahaja. Rasulullah S.A.W .menjelaskan orang yang tidak membayar hutang doanya tidak diperkenankan oleh Allah S.W.T. Nabi S.A.W. sendiri tidak menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati ia ada hutang yang belum dijelaskan.



Setelah dipastikan mayat terlibat telah menjelaskan segala hutangnya ketika masa hidup, barulah Nabi S.A.W. menyolatkan jenazahnya. Jika orang yang berhutang tidak membayar hutangnya sewaktu hidup di dunia ini, maka sesetengah amalan kebaikan yang dilakukan olehnya akan diberikan kepada si pemberi hutang pada hari kiamat kelak. Tindakan yang boleh dilakukan orang yang memberi hutang hendaklah meminta supaya hutangnya dilangsaikan dengan baik.

Jika tidak mampu hendaklah menggunakan tenaga orang tengah menggesanya supaya si peminjam membayar hutang itu. Jika tidak mampu juga, yang terlibat boleh mengambil tindakan mahkamah, kerana itu melibatkan haknya yang boleh dituntut di mahkamah, dan pihak yang berhutang hendaklah mematuhi keputusan mahkamah. Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai iman yang tinggi dan kuat, lalu memaafkan orang yang berhutang itu dan menghalalkannya sebelum orang yang berhutang itu meninggal dunia, ia akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah.



Sumber: http://www.solihinzubir.com/2011/06/hukum-dan-balasan-orang-yang-tidak.html

My own opinion, basically boleh dikatakan zaman skang nie sumer orang pon berhutang. Boleh dikatakan most of the people, walaupon muder-muder dah berhutang. Berhutang tue tak salah, tapi melambat-lambatkan pembayaran tue yang salah. So, if you do hav efinancial problems in your family, just make sure SELESAIKAN masalah tersebut, suapay pintu rezeki you all sentiasa terbuka...:)

In case you all nak keluar dari kemelut belenggu hutang, it's time for you to change...:) Just contact me for business opportunity...:)

019-4419180 (Izyan) / lea4016@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP